Home > kesihatan > ULSER MULUT

ULSER MULUT

Salam dan khabar baikkah anda semua? Rasenya dah lama saya tidak update mengenai sebarang info dalam ni.. Apa kata kali ini kita sama-sama mencari info..
Pernahkah anda mengalami ulser mulut? Pastinya pernah sepanjang umur hidup, paling kurang sekali. Anak saya juga pernah mengalami ulser mulut. Kesian tengok.. Malah ada kenalan saya yang anaknya sampai berdarah mulut disebabkan penangan ulser mulut ini. Rasa tidak selesa pastinya hadir, jika ulser mulut ini berada dalam mulut kita.. Mari kita selami dan kenali ulser mulut ini..
ULSER MULUT
  • Dikenali juga sebagai lompangan/lepuh, yang berlaku di dalam mulut.
  • Berwarna putih, terasa sakit andai tersentuh dengan lidah, gigi atau apa jua makanan.
  • Mempunyai saiz berbeza-beza
  • Akan kembali seperti biasa dalam masa kurang dari tiga minggu (sebaiknya jika lebih dari dua minggu, eloklah berjumpa dengan doktor).
TANDA ULSER MULUT
  • Bulat berwarna putih/ kuning, di kelilingi kawasan berwarna merah.
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan
  • Rasa sakit apabila tersentuh
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Sukar untuk bertutur
  • Boleh menyebabkan demam
PUNCA/SEBAB TERJADI
  • Kurang jelas, tetapi boleh disebabkan oleh kecederaan kecil seperti tergigit lapisan mulut, atau makanan tajam dan juga air yang terlalu panas.
  • Alahan
  • Kekurangan zat makanan
  • Kurang rehat/ tidur
  • Jangkitan kuman/ bakteria/ virus/ fungus
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu (anti-histamine yang menyebabkan mulut kering & steroid yang menurunkan daya tahan sakit)
  • Perubahan hormon
  • Rawatan kemoterapi
  • Rawatan radiasi
  • Stress/ tekanan
TEMPOH
  • hilang sendiri dalam masa 2-3 hari
  • kurang dari 2 minggu

GOLONGAN YANG BERISIKO

  • Sesiapa sahaja tidak mengenal umur, malahan boleh juga menyerang bayi
LANGKAH MENGHILANGKAN
  • berehat & dapatkan tidur yang cukup serta berkualiti
  • gunakan cecair antiseptik untuk membersihkan mulut
  • jauhi minuman berasid (minuman berkarbonat)
  • kekalkan amalan kesihatan mulut yang baik
  • kurangkan makanan pedas dan berempah
  • letakkan gel untuk ulser – contoh: bonjela
  • letakkan ketulan ais pada ulser
  • makan makanan yang berkhasiat – utamakan vitamin B12 dan vitamin C
  • makan makanan yang lembut
  • minum air suam / air masak dengan banyak
  • AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
PETUA
  1. Cubit sedikit asam keping sebesar jari kelingking dan tekapkan pada ulser selama 2-3 minit. Sedikit pedih, tetapi ulser akan cepat hilang.
  2. Letak secubit garam pada ulser. Juga sedikit pedih akan terasa.
TINDAKAN JIKA BERPANJANGAN
  • Segera berjumpa doktor andai kata masih berpanjangan selepas 2 minggu – bagi memastikan tiada tanda-tanda pra-kanser mulut/lidah dan tiada lesi kanser
  • Jumpa doktor jika ulser berdarah

Perlu diingatkan, ulser mulut biasa terjadi. Ia tidak berjangkit & merebak. Jika ulser masih tidak sembuh selepas 14 hari, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk rawatan lanjut..

Sekian dulu mengenai ulser mulut ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.. InsyaAllah…

Categories: kesihatan
  1. hafizmd
    November 21, 2009 at 12:59 pm

    thanks..nice and very informative..keep it up..:D

  2. fiezaradzi
    November 21, 2009 at 2:01 pm

    thanks.. harap2 info yg memberi info kpd semua…

  3. arip
    November 23, 2009 at 4:30 am

    fuhh hebat btol.. kene amalkan gaya hidup sihat nih…

  4. hafizmd
    November 23, 2009 at 10:00 am

    yer a..mcm korang p sa kayuh3 tuh..

  5. fiezaradzi
    November 23, 2009 at 2:41 pm

    haha..yg ptg, gaya hidup sihat..

  6. ~aSHa~
    November 24, 2009 at 6:17 am

    teringat kepedihan letak garam tu..adehh ngilu rasanye…

  7. Ena
    November 26, 2009 at 5:28 am

    thanks 4 the info yer fieza.. 🙂

  8. fiezaradzi
    December 1, 2009 at 3:08 pm

    sama2..moga dpt beri manfaat utk semua..

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to hafizmd Cancel reply