Home > general info > pembentukan awan..

pembentukan awan..

Nih de citer lagi..mase on the way balik kampung, kt highway lpt kan..jauh pemandangan.. nampak awan cantik jer.. huhu.. mase tu teringat time naik plane ke korea & dari korea.. uih, indahnye.. besar betul ciptaan Allah.. So, balik terus cari pasal awan.. sebab dalam keta asyik bincang cmner awan terbentuk..siap tanye lagi, pe bentuk awan tu.. mase tu mula la nampak cm ultraman la, cam penyu dari pandangan depan la, cam muka hyppo.. mcam2 la imaginasi.. huhu.. pas dah cari info, de la sket2.. jom kongsi bersama..Awan terbentuk apabila terdapat wap-wap air yang terkandung di udara. Air di laut yang tersejat juga akan mengewap (ye ke eja…) untuk menjadi titik-titik air. Apabila suhu yang lebih panas akan menyebabkan air tersejat dengan lebih cepat. Sampai di satu tahap, di mana suhu lebih rendah, berlaku proses kondensasi, di mana wap-wap air bertukar menjadi titisan air bersama-sama debu yang terdapat di udara. Titisan-titisan air inilah yang membentuk awan. Semakin lama semakin besar awan akan terbentuk. Apabila semakin besar, awan akan menjadi lebih berat dan perlaha-lahan tarikan bumi akan menariknya ke bawah. Sampailah di satu peringkat titik-titik itu akan jatuh dan terjadinya hujan.

Tetapi ada juga awan yang tidak turun sebagai hujan. Apabila terdapat udara yng lebih panas, air di dalam awan akan tersejat. Dengan tersejatnya air itu, maka lenyap atau hilanglah sebahagian awan itu. Ini lah juga sebab kenapa awan berubah bentuknya.

Terdapat awan yang berwarna putih dan lebih gelap. Ia berwarna putih kerana pantulan cahaya matahari. Sekiranya awan nipis, maka ia akan nampak warna putih. Keadaan sebaliknya terjadi; iaitu awan akan menjadi gelap sekiaranya ia tebal. Tidak semua cahaya akan menembusi awan, maka warna kelabu atau lebih gelap akan kelihatan pada awan.




Pernah tengok awan bergerak? Pergerakan awan terjadi kerana terdapat pergerakan angin. Angin itulah yang membawa awan mengikut pergerakannya.


Terdapat pelbagai jenis awan. Untuk mengetahuinya,
sila klik sini..



Okla..cukup-cukup la tu..semua informasi ini boleh dilihat dengan lebih teliti di wikipedia atau layari website dibawah…



Sumber dari:


Categories: general info
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: