Home > coretan, isu semasa > samun

samun

Salam buat semua. Harap-harapnya sihat sentiasa. Kali ni nak cerita sikit pasal keadaan yang sering berlaku di Malaysia nih.. Malaysia sekarang dah jadik macam negara-negara maju yang penuh dengan kes jenayah. Tak la sama, tapi hampir. Baru-baru ni, pulang dari tempat kerja, saya dan suami rasa nak makan pau yang dijual di tepi jalan di sekitar taman perumahan di daerah Gombak ni. Gerai ni baru lagi. Bila berhenti kat tepi gerai tu, akak (orang melayu la) yang berniaga pau ni kata tinggal lagi 2 je. Okla tu kan, cukupla untuk saya dan suami. Suami saya ni peramah, tanyakan la akak ni..mana kete kancil akak yang de kat cini? – Kitorang nih suker memerhatikan gerai-gerai baru yang muncul kat area situ.. Pastu akak tu pun citer la..kancil die tu, suami die bawak, kejar 2 mamat yang terdesak sangat ni.. Mamat 2 ekor nih naik moto, baru jer pas samun duit jualan pau akak ni..
Operasinya..de kete benti nak beli pau, tapi orangnya xturun pun, just cakap dari dalam kete..Akak ni xsangka la..just bungkuskan dan bagi la kat orang dalam kete ni. Tanpa disangka2 2 mamat yang de atas moto tgh benti kt situ masa tu, dengan sekoyong-koyongnye telah pergi amek dan melarikan duit jualan akak ni.. Tak tahu la kan, kete tu terlibat ke tak.. Tak baik nak tuduh jer kan.. Mungkin kebetulan terjadi..
Kesian akak ni..dah le mase tu dah banyak dah die jual. Huhu..Sebagai seorang yang masih berfikiran waras, terasa sangat, pe dah jadik dengan dunia sekarang nih.. Jenayah berleluasa walaupun jalan tu sibuk. Entah la.. Kita hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipelihara dan dijauhkan perkara-perkara sebegini. Amin. Terasa sedih pulak, orang lain bersusah payah mencari rezeki yang halal, orang lain pulak yang dapat kesenangan dengan cara yang tidak betul. Moga-moga insaflah, ingatlah kita di dunia ni hanya sementara. Moga Allah melindungi kita dan keluarga kita hendaknya. Amin.

** moral of the story – berhati-hatilah selalu..sentiasalah berteman jika tidak yakin berseorangan

Categories: coretan, isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: