Home > coretan, keluarga > bila anak sudah mula faham..

bila anak sudah mula faham..

Salam.. hari ni de mase terluang sket.. just nak isi masa lapang. Anak kecil saya sudah memasuki bulan ke-10. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Benarlah kata kenalan saya, lepas bersalinkan anak nanti, cepat jer die membesar.. Benarlah kata-kata tu.. Atau saya je rase camtu.. Tapi betul la, sakit melahirkan tu masih terasa, masih terbayang suami memegang anak ketika di hospital dulu..tup2 dah semakin membesar. Betapa hebatnya ciptaan Allah.. Betapa agungnya.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan rezeki, waktu dan kesihatan buat kami membesarkan anak.

Sekarang ni, anak kecil tu sudah bijak. Biarpun, belum boleh bertutur, namun sudah difahami apa yang diutarakan oleh mama dan abahnya.. Disuruh tepuk tangan, dibuat.. Tapi yang paling tidak dapat dilupakan, apabila suara mama nih ditinggikan, mula lah die mamandang muka mama, pas2 tiba2 menangis.. Waktu tu rase..alahai, kesiannya.. Ada juga ketikanya die terus je pandang muka kite, sambil buat muka kesian.. tak pun di sapanya kita.. aiii.. Tak jadik nak marah.. Bijaknya anak mama ni..

Kalau dengar je pape muzik kat tv..mula la, badan borgoyang. Tak kira waktu berdiri ke, duduk ke, bahkan waktu tgh baring pun, die boleh goyangkan badan & kaki..huhu..klakar plak.. Tapi yang menyentuh perasaan, sengaja abahnya bukak siaran yang ada azan. Khusyuk anak kecil itu mendengarnya. Seolah-olah faham akan apa yang dilontarkan. Senyap hingga tamat azan di tv. Cuma mama dan abah harap, anak kecil ini mengurangkan goyangannya seiring dengan peningkatan usia nanti.

Melihat anak-anak membesar di depan mata merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Sebab itulah, apabila mak dan ayah di kampung meminta cucunya ini ditinggalkan sementara di kampung, berat rasa hati. Mungkin hidup terasa kosong jika tanpa si kecil menemani. Apatah lagi, si kecil ini masih menyusu badan. Biarpun penat terasa badan melayan karenahnya, namun apabila sudah menjadi kebiasaan, semua itu dilupakan.

Begitulah kehidupan kita. Ibu bapa tidak pernah menyatakan kesusahan menjaga kita, namun kita sebagai anak mampukah melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tua kita? Sejak bergelar ibu kepada anak, saya mula lebih faham akan perasaan & naluri seorang ibu. Sebagai anak, senangkanlah hati & kehidupan orang tua anda semampunya selagi masih berkesempatan.

Wassalam.

Categories: coretan, keluarga
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: