Home > kewangan > mengurus kewangan anda…

mengurus kewangan anda…

Anda tidak ada simpanan setiap bulan?
Anda tidak cukup wang setiap akhir bulan?
Anda tidak mampu memberi wang kepada ibu bapa?
Anda ada hutang yang banyak?
Anda terpaksa meminjam wang dari keluarga/kawan?

Jika anda mempunyai pendapatan bulanan, dan semua jawapan di atas benar, kemungkinan besar anda mengalami masalah kewangan. Soal pendapatan yang kecil mungkon menjadi penyebab utama, namun jika penyebabnya adalah kerana anda tidak sedar bagaimana wang anda habis, bermakna anda tidak bijak menguruskan kewangan anda.

Sebagai individu yang sudah bekerja, tentu sahaja anda perlu bijak mengatur hidup anda, termasuk mengatur & menguruskan kewangan anda. Jika setiap akhir bulan, anda kehabisan wang sebelum tiba gaji baru, ini masalah besar bagi anda. Bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak?

Pertama sekali anda perlu menetapkan diri anda agar tidak goyah membuat keputusan. Jika anda sudah memutuskan untuk belajar menguruskan wang, jangan pula diubah apabila merasakan tidak perlu.
  1. Buat satu catatan mengenai keluar masuk wang dalam kehidupan anda. Buat satu catatan mengenai perbelanjaan yang wajib anda keluarkan.
  2. Tetapkan yang perlu dilakukan dahulu – bayar mana2 ansuran bulanan (kereta, rumah, pinjaman, insurans, bil-bil utiliti atau apa saja hutang yang perlu dibayar)
  3. Seterusnya tetapkan berapa jumlah yang mampu anda simpan tanpa mengganggu perbelanjaan bulanan anda.
  4. Jangan diusik simpanan tersebut. Biarpun simpanan itu hanya berjumlah RM50, tidak mengapa. Mulakan dari jumlah yang sedikit, kemudian bulan seterusnya boleh ditambah nilainya.
  5. Dalam kehidupan bulanan anda, berbelanjalah seadanya. Jangan terlebih dan tidak pula terlalu kurang.
  6. Sebelum keluar membeli barangan keperluan, buat senarai terlebih dahulu. Utamakan mana yang penting. Jika merasakan sesuatu barangan itu, tidak begitu penting, mungkin anda boleh membuangnya dari senarai tersebut.
  7. Bijaklah berbelanja. Buat tinjauan (survey) terlebih dahulu. Belilah barangan yang sama, tetapi di tempat yang lebih murah. Bagi yang tidak mementingkan jenama, mungkin anda mampu melakukan perkara ini.
  8. Sekiranya boleh membeli barang dengan harga tunai, lakukan. Sebaik-baiknya kurangkan amalan membeli barang (elektronik/perabot) secara ansuran. Di sini, anda perlu bijak memilih. Jika anda sedar anda bukanlah golongan mewah, maka belilah elektronik/perabot yang sesuai dengan pendapatan anda – ukur baju di badan sendiri. Dengan membeli secara tunai juga anda tidak perlu pening memikirkan mengenai bayaran ansuran setiap bulan.
  9. Untuk mengelakkan diri anda kerap ke mesin ATM, sebaiknya simpan wang lebihan anda di akaun yang tidak menggunakan kad ATM. (contoh: Tabung Haji, ASB, dsb…)
  10. Jika di akhir bulan, anda masih mempunyai lebihan wang, simpan juga wang tersebut untuk masa depan anda atau untuk sebarang kecemasan. Anda boleh menggunakan wang tersebut untuk kegunaan harian atau untuk kemahuan anda, tapi fikirlah, mungkin suatu ketika nanti anda memerlukan wang tersebut untuk keperluan yang lebih utama.
  11. Hadkan kehendak anda semasa membeli-belah. Jika dibiarkan, wang yang dibawa akan habis sekelip mata. Anda perlu buat pilihan yang bijak. Jangan terlalu ikutkan kehendak & perasaan anda. Fikir sebaik-baiknya.

KETAHUILAH, SEBANYAK MANA PUN WANG YANG ANDA PEROLEHI, AKAN HABIS DIGUNAKAN SEKIRANYA ANDA GAGAL MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA DENGAN BAIK…

p/s: Penulis bukanlah penasihat professional, tetapi artikel ini untuk tatapan, renungan dan nasihat yang mungkin berguna untuk anda. Ini cuma amalan biasa yang dilakukan penulis.. dan setakat ini masih dimudahkan Allah dalam urusan kewangan. Alhamdulillah…

Categories: kewangan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: