Home > info mama, kesihatan, kewangan > go for cd..

go for cd..

Salam. Apa kabar semua? kali ni saya nak cerita pasal cd..cd yang de lagu tu ker? bukan..bukan.. cd yang saya maksudkan adalah cloth diaper (CD). Apakah itu cd? Berapa kos penggunaan CD? Apa kebaikan menggunakan CD? dan Bagaimana menggunakan & menguruskan CD? Semua ini akan kita sama-sama dalami..

Sebenarnya, saya mengetahui penggunaan cd daripada ratu hati. Ramai kawan2 di situ menyarankan menggunakan cd daripada diapers pakai buang yang terdapat di pasaran. Ketika itu, memandangkan baby kecil saya tidak menggunakan terlalu banyak diapers pakai buang, anak yang tidak mengalami rashes, dan harga diapers itu agak berpatutan, jadi saya tenggelamkan hasrat untuk menggunakan cd kepada baby kecil saya. Pada saya, saya masih mampu untuk membeli diapers pakai buang, apatah lagi lebih mudah – tanpa perlu dicuci..

Namun lama kelamaan, saya sering terfikirkan CD ini. Terfikirkan mengenai diapers pakai buang yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk didegredasi – untuk dimusnah & diuraikan. Tambahan pula, baby semakin banyak membuang air, maka semakin banyak juga penggunaan diapers pakai buang ini. Lebih menyakinkan saya untuk menggunakan cd ini, apabila anak kecil saya yang tidak pernah mengalami rashes pada pinggulnya, dengan tiba2 jua muncul dengan agak teruk. Pada saya tentu kerana di tempat pengasuh mereka membiarkan terlalu lama anak saya dengan bahan buangannya.

Ketika itulah saya berbincang dengan suami mengenai CD ini. Kami kemudian mengambil keputusan untuk mencuba CD kepada anak kecil kami. Walaupun permulaan harga yang agak tinggi, namun jika difikirkan, rasa-rasanya berbaloi (nanti saya tunjukkan cara pengiraannya). Kami mula membeli secara online dari satu laman web di Malaysia. Alhamdulillah, tidak perlu menunggu lama, kami berjaya mendapatkan produk CD ini. Jadi, sekarang saya menggunakan kedua-dua jenis diapers (kerana budget terhad; insyaAllah akan menambah bilangan CD nanti…). Sekarang, saya dan suami masih baru dengan CD, dan masih berjinak-jinak dgnnya..
masa mula-mula dapat parcel CD.. kanan, courier CD..kiri, CD warna hijau..

Mari kita lihat maklumat mengenai CD ini….

APA ITU KAIN LAMPIN (CLOTH DIAPERS – CD)?
  • Lampin bayi yang diperbuat daripada kain.
  • boleh dibasuh & diguna semula
  • 2 bahagian;
    1) dipanggil cover – de lapisan luar kalis air dari PUL (polyurethane laminate), bahagian dalam daripada bulu halus (custom micro fleece) spy baby berasa kering.
    2) insert – lapisan untk dimasukkan ke dalam cover, terdiri daripada bebrapa lapisan microfiber dijahit
  • boleh didapati dalam pelbagai warna

KOS PENGGUNAAN:

  1. Cloth Diapers (CD)
    1 pcs – more or less RM 50
    if 20 pcs, kos penggunaan utk 3-4 Tahun = 20 x RM 50
    = RM 1000.00
  2. Disposible Diapers (DD)
    1 pcs (jenama Fitti – yg biasa saya guna) – RM 0.40
    Dengan penggunaan yang betul = 9-12 pcs/day
    If 10 pcs/day, kos utk 4 tahun = 10pcs x RM0.40 x 30 hari x 12 bulan x 4 tahun
    = RM 5760.00

Lihatlah perbezaan harga untuk 4 tahun penggunaan…

KEBAIKAN CD

  1. CD boleh dibasuh & diguna semula
  2. boleh digunakan utk anak ke2, ke3… & selanjutnya (jika anda pandai mguna & mjaga)
  3. boleh mengelakkan rashes (ruam lampin) bagi sesetengah bayi yg kulitnya sensitif.. (banyak contoh di sini) – diamek dari puan penjual..
  4. jimat kos & berbaloi – lihat pengiraan seperti di atas.. oh..ye..itu utk sorang anak.. bayangkan lau ibu-ibu & ayah-ayah de 2 atau 3 anak yg pakai DD…
  5. Selamat – tiada bahan kimia seperti DD
  6. Juga boleh go green the world – 1 keping DD mengambil masa 500 tahun untuk terurai/degredasi – ciannye dunia kite.. Ketahuilah, 50% sampah domestik adalah dari DD
  7. bagus utk potty training – kerana CD akan berasa lebih cepat basah sekiranya buangan anak anda bayk bbanding DD. Jadi anak akan rasa basah & kurang selesa.. So, lebih cepat utk potty training.. (mengikut kajian dari Wall Street Journal – May 2000)

CARA PENGGUNAAN CD

  • 1 insert utk 1 CD sepanjang 3-4 jam (ikut tahap pembuangan anak anda – pee ye (air) bkn poo (najis). utk poo kena tukar setiap kali baby poo).
  • waktu malam – lebih baik masukkan 2 insert (spy anda xperlu bgn malam – lau rase mlas nk bangun)
  • Cara :
  1. basuh/rendam (tanpa sabun) selepas pertama kali mdapat CD (dipanggil prewash)- utk penyerapan max & buang residue semasa manufacturing process (baju baru pun rendam kan….). Ingat, JANGAN guna bahan peluntur. Prewash sebanyak 2/3 kali..
  2. Keringkan
  3. Masukkan insert ke dalam pocket pants
  4. boleh dipakai kepada baby

    CD yang sudah siap outk dipakaikan kepada baby…

    Jika menghantar baby kepada pengasuh:

  5. CD yang terkena pee/poo masukkan ke dalam plastik (xperlu dibasuh/dibasah)
  6. Balik rumah –
    – buang poo yang de,
    – siramkan air pada bekas poo,
    – rendam dalam air basuhan (beberapa jam),
    – boleh dicuci/disental – boleh guna tgn/washing machine (guna laundry bag utk ketahanan)
    – keringkan
  7. Pakaikan kepada baby/ dilipat utk ke nursery…

MAKLUMAT TAMBAHAN
Mitos mengenai CD

  1. mahal – hanya pada awal pembelian, tapi berbaloi utk penggunaannya.. – anda boleh beli secara sedikit demi sedikit..
  2. susah basuh – xperlu basuh setiap hari, ikut penggunaan, boleh basuh dgn washing machine.
  3. mudah bocor – PUL tidak bocor, hanya jika saiz xsesuai dgn baby, pemakaian yang salah & prewash tdk cukup utk CD baru
  4. Bulky – sedikit saje jika dbandingkan dgn DD, tapi nampak lebih selesa kpd baby.. Jika anda diberi pilihan, pakai plastik atau kain, mana satu pilihan anda?
  5. mudah bertahi lalat – material CD sukar bertahi lalat (lalat ber.. ke?..hehe..). lau baby on medication, CD akan kehilatan sedikit kehitaman – akan hilang slpas bbrapa kali cucian
  6. Bekas najis susah hilang – rendam dahulu baru basuh, jemur di bawah matahari, kesan akan hilang..

Bahan dalam Disposable Diapers (DD)

  1. Dioxin :
    Merupakan pencemar alam sekitar, juga didapati dlm bbrapa dairy products, bahan kimia yg berbahaya. Eksperimen ada menunjukkan penggunaan dioxin boleh mberi kesan kepada organ/sistem badan.
    Apabila memasuki badan, dioxin adlah bhan kimia yg stabil & disebabkan kebolehan tisu lemak menyerap dioxin, ianya akan disimpan dalam badan.
    Kestabilan hidup (shelf life) : 7-11 tahun.
    Memberi kesan kepada : kulit jadi luka (chloracne & patchy darkening) pada kulit, ubah fungsi hati, kesan kpda sistem imunisasi, saraf, endokrin & reproduktif. Terbukti kpd haiwan, penyebab beberapa jenis kanser.
    Dalam senarai EPA – dikategorikan sebagai PALING TOKSIK. maklumat lanjut
  2. Tributyl-tin (TBT) :
    Bahan kimia toksik, beri efek negatif kpd manusia, haiwan & alam sekitar
    Kajian pada anjing : sbbkan ‘imposex’ (female develop to male), boleh sebabkan infertiliti (kemandulan) atau kematian. maklumat lagi
  3. Sodium polyacrylate :
    Bahan kimia, dimasukkan dlm btk serbuk dalam DD
    Super-absorbent
    bila serbuk basah, ia btukar mjadi gel – boleh melekat pada genital bayi, hingga menyebabkan berlakunya tindak balas alergik
    Menyebabkan peradangan kulit, demam, muntah infeksi staph pada bayi
    Jika disuntik pada tikus, boleh berlaku kegagalan kardiovaskular, pendarahan & kematian
    Dilarang penggunaan dalam tampon wanita – nyebabkan Toxic Shock Syndrome klik sini

DD juga dikatakan antara punca penyakit asma (dari kajian ler..)

Jadi, kepada ibu dan ayah di luar sana, apa lagi yang kalian tunggu demi kebaikan anak, kesihatan anak anda, demi kewangan anda & demi alam sekitar?… Jadilah ibu bapa dan pengguna yang bijak.. Saya mesti pilih (tiru iklan Bank Rakyat…).. Sehingga berjumpa lagi..
Salam hormat..

p/s: kepada ibu2 dan ayah2 di luar sana, jika perlukan bantuan penulis utk membeli CD, bolehlah menghubungi penulis ye…

Categories: info mama, kesihatan, kewangan
  1. EFFA
    December 23, 2010 at 10:57 am

    salam..
    saya rasa cm berminat..bby baru 2 bln..urm kat mane nak bli cd tu yer..n yang bhgian dalan tu biasa kat mane ader jual? first bli cd tu brape?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: