Home > blogger, ceritera > beautiful story – life is beautiful…

beautiful story – life is beautiful…

Salam.. semenjak 2 menjak nih, kerja xbape banyak.. saya je yang banyakkan kerja..hahaa.. cmne tuh? Nyway, tadi pagi dapat emel dari kawan.. kawan lama la, dari matrik dulu.. emelnya berkisar ttg seorang budak kecil menjual kuih.. dia pun dapat forward emel.. kisah asal, tidak diketahui..mari kita ikuti & renungi cerita indah ini…

Cerita indah itu, mulanya begini…

Hari itu, selepas seminggu beraya di kampung (saya tak tau raya tahun bile…), saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki, berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
“Abang nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menutupi timbunan-timbunan kuih itu…
” Tak apalah dik.. abg dah pesan makanan”. jawab saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga seperti saya, menolak, lalu kanak-kanak itu pergi begitu saja.

“Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni”. kata saya sambil menepuk-nepuk perut yang sudah kenyang.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat dengan kuih.
Setiap orang yang lalu, ditanya.. ‘tak nak beli kuih saya bang.. pakcik.. kakak..atau makcik..’. Molek sungguh budi bahasanya. Mamak restoran tersebut pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan & minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya mula membuka pintu kereta & menghidupkan enjin, tiba-tiba kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin kereta, membalas senyumannya.

“Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya utk adik2 abg, ibu atau ayah abg.” Katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang. Saya tenung wajahnya, bersih & bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet & menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
“Ambil ni dik. Abg sedekah, tak payah la kuih tu”. Saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian yang mendadak. Kanak2 itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih & terus berjalan kembali ke kaki lima kedai. Saya, ketika itu gembira kerana dapat membantunya.

Saya mula mungundurkan kereta setelah enjin saya hidupkan. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya tadi kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa, abg nak beli kuih ke?” Tanyanya.
“Kenapa adik bagi duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi pada adik” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.
“Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan kuih masih banyak belum terjual, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa harga semua kuih di dalam bakul itu.
“Abg nak beli semua ke? Dia betanya & saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata-kata.
“RM25 saja abg”. Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih & berlalu pergi.

Saya perhatikan dia sehingga hilang dari pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir akan statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita yang berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya…

Itulah cerita indah yang saya dapat dari emel pagi tadi… indahkan.. saya percaya, jika benar cerita ini, kanak-kanak ini boleh berjaya dalam hidupnya. Kalau pun tidak berjaya dari segi wang ringgit, tapi saya percaya dia berjaya dalam membentuk sahsiah dirinya. Itulah kawan-kawan, sedangkan org yang sederhana kehidupannya, ada pegangan yg murni, apatah lagi kita, yang boleh dikategorikan ada kehidupan yang lebih baik dari kanak-kanak tersebut.

Jadi jangan jadikan alasan kewangan sebagai satu alasan untuk kita cari jalan mudah untuk mendapatkan wang.

mote:

  1. Kita hidup di dunia, tak kira miskin atau kaya, budi bahasa adalah penting. Budi bahasa budaya kita…
  2. Untuk kehidupan seharian, kita perlu berusaha untuk mencari rezeki, jgnlah mengambil jalan mudah spt mengemis, merampas atau mencuri (ragut & samun termasuk juga…), selagi kita mampu bekerja & berusaha.
  3. Pegangan hidup yang murni penting dalam membentuk sahsiah diri kita.
  4. Apa yang penting…. kerjasama…(hahahaaa..). Berusaha tangga kejayaan…

Sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Sumber cerita: emel dari rakan ku..

Categories: blogger, ceritera
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: