Home > blogger, isu semasa > cinta alam..

cinta alam..

Salam. apa khabar hari ini? Banyak hari gak saya tak update blog ni kan.. Semalam, sakit kepala menyerang, jadi mood nak tulis pun jadik down jugak. Pagi ni pun asyik terfikir annur yang selsema.. Jadi kurang sikit aktiviti ber’blog’ nih.. Apa pun, terima kasih pengunjung blog ni.. Saya hargai anda. Jadi, untuk merapatkan hubungan kita, lau yang datang tu, sudi-sudi la komen mengenai artikel/en3 saya, tak pun tulislah note kedatangan anda. Terima kasih daun keladi..

Cinta alam. memang patut pun kita perlu bangkit mengenai hal ini. Ye la, tegoklah dunia sekarang.. Cuaca yang semakin tak menentu. Contohnya dekat area Gombak nih.. tadi tengahri mendung semacam jer.. ingat nak hujan.. tup-tu panas pula petang nih, tak de setitis air hujan pun… Huhuuu.. Alam kita memang semakin tidak stabil dewasa ini..( cewah..ayat cam waktu blaja dulu..). Siapa yang patut dipersalahkan ek? Teknologi kah, atau manusia itu sendiri.. Orang lain atau diri sendiri yang perlu disalahkan? Fikir-fikirla sendiri..

Kadang-kadang, bila ternampak asap berkepul-kepul di udara ketika ada yang membakar sampah, terasa sedikit geram di hati, ye la, keadaan sekarang sudahlah jerebu, mahu lagi ditambah dengan asap-asap yang berbau. Mungkin niat mahu menghalau nyamuk, tapi pada saya itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Masih banyak nyamuk berkeliaran selepas pembakaran tersebut. Jadi, berharap sangat agar dikurangkan pembakaran terbuka di luar sana.

Cinta alam. Selain kita perlu manjaga alam, ada satu pertandingan di ratu hati. Portal ibu yang semakin ramai kenalannya. Hahaaa.. ini salah satu sebab en3 ni dimasukkan. Jadi, pada pengunjung ratuhati, jangan lupa vote for annur.. dengan gambar kitar semula… hehee..

Selain pembakaran, jalan yang ada adalah melakukan kitar semula sampah-sampah itu.. Jangan lupa ya, nasihat annur.. yang oren untuk aluminium, yang coklat untuk plastik & yang biru untuk lain-lain.. go green world.. hihiihii.. jangan lupa ye..


mote:

  1. Jagalah alam sekitar sebaiknya… Jangan dilakukan kerosakkan di muka bumi ini…
  2. Jangan melakukan pembakaran terbuka, apatah lagi dengan keadaan jerebu sekarang ini.
  3. Vote for annur di ratu hati.. (hiihiii….)
Oh ye, ada yang bertanya, mote tu apa.. mote stand for moral of the entry…okay, sehingga berjumpa lagi..InsyaAllah.. Jangan lupa vote annur…
Categories: blogger, isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: