Home > ceritera, gambar > bulan syawal – ceritera raya…

bulan syawal – ceritera raya…

Salam.. apa khabar semua? Uh..berhabuk sungguh rumah eden nih.. maklumlah cuti raya yang panjang.. Bagaimana cuti raya anda semua? seronokkah? Atau ada sesuatu yang menyayat hati.. Pada saya ada suka dukanya.. Suka, sebab menyambut hari lebaran yang penuh kesyukuran, dapat bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sebagainya.. DUka? kenapa ya? duka sebab tahun ini kemalangan dan kematian yang dicatatkan lebih tinggi dari tahun sebelumnya.. Tapi sungguh, sepanjang perjalanan dari KL-Penang-Kuala Terengganu-Pekan-KL menjadi perjalanan yang menakutkan..

Kenapa menakutkan? Ye la, Dari KL ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, keadaan ok, cuma tiba di Berapit, Perak, sebuah lori minyak terbakar. Jadi jalan pun sesak, ditambah pula pemandu yang mengambil kesempatan di belakang ambulans & bomba.. Kalau lah boleh ku saman pemandu-pemandu itu, alangkah bagusnya.. Bersabarlah wahai pemandu-pemandu sekalian.. Orang lain beratur.. tapi awak….. fikirlah sendiri.. semua orang nak cepat sampai ke destinasi… jadi, berhemahlah..
Di hari raya, tiada apa yang menyesakkan fikiran.. cuma anak saya sedikit manja, kerana tidak biasa dengan orang yang ramai.. (dengan sepupu2nya….).. maklumlah kami di sini cuma bertiga, tapi bila di kampung, ramai sungguh…

kiri: gambar annur bersama abahnya…
kanan: annur bersama mama..

Hari raya pertama di sebelah keluarga saya (kami beraya ikut giliran…). Jadi di pagi raya seusai sudah solat sunat hari raya, bersalam-salaman & sesi bergambar.. sedihnya, tahun ini gambar diambil tanpa abang sulung & keluarganya, (sebab abg beraya di sebelah akak ipar..).. tak pe lah, yang penting semua bahagia…

inilah gambar keluarga di sebelah saya.. tiada di dalam gambar: abang rizal, kak bibi, anak sedaraku; amira, adrianna, aisyah & ammar
ini pula gambar kedua orang tua ku.. ayah dan emak tercinta…


kiri: gambar kami ber3 bersama wan & mak tuk annur.. (annur wat perangai sikit..ngantuk kot..)
kanan: gambar kami ber3 raya 2009 di Penang..

Raya ke3 kami ber3 pulang ke Chendering, Kuala Terengganu pula.. Perjalanan ke KT juga menyaksikan sebuah kereta terbabas ke tepi (nasib baik de divider kat tepi tu.. lau x..xpasal2..). Kereta tu dah le satu je, maksudnya xde langgar dgn kereta lain la.. So, lau camtu sama ada laju tak dapat kawal atau memang tiba2 jadik cmtu.. saper nak jawab? Nasib baik tgk cam xde yang cedera.. Perjalanan pulang ini juga menyaksikan tahap kesesakan yang sama setiap tahun di Tanah Merah.. aduh.. setiap tahun camni.. Abg ipar saya, balik hari ke2 raya, katanya, 1jam tak sampai 1km bergerak.. argh.. Kalau la jadik camtu kat saya.. adoi.. dah le kete saya ‘hebat’ sangat.. kecian kat baby, panas ler.. ditambah pula kereta yang pemandunya tidak sabar, memotong di tepi jalan yang memang tak boleh dipotong… saman lagi kereta-kereta itu… papepun, mungkin pihak berwajib perlu cari penyelesaian bagaimana nak elakkan kesesakan di situ…

Oh ye, sedihnya, lupa pula nak bergambar di KT.. ada gambarnya pada adik ipar, tapi belum dicilok darinya.. lain kali la ye.. Raya di KT sempat ke rumah sedara dan juga cikgu2 abang sahaja.. Lagi, ada kenduri sedara atau dipanggil makan pulut disebelah timur..

Perjalanan raya diteruskan ke Peramu Jaya 3, Pekan, kerana rakan baik saya merangkap roommate mase belajar kat UPM dulu mendirikan masjid.. alhamdulillah, tahniah diucapkan pada roommate ku sowang ni.. Semoga berbahagia la ye.. Perjalanan penuh dengan kereta.. Semua merancang pulang ke kota.. Perjalanan kami ke suatu tempat yang kami tidak pernah sampai, di kanan kiri agak dipenuhi hutan belukar, dengan kebanyakan kereta berplat J.. Nak ke Johor ke nih?haha.. namun diteruskan jua, sehinggalah kami sedar kami berada di landasan yang betul..(ayat tak hengat..)..

nih gambaran perjalanan balik setelah perut kenyang… oh ye, bawah nih gambar pengantin baru.. pengantin lama (saya la..) de gak, tapi kat tepi kerusi tu.. tak yah masukla..

Suami miey ni namanya afif.. penah jumpa sekali je mase datang kat rumah tu.. Kata suamiku, baik budak afif nih… hehee…

Perjalanan balik ke KL, alhamdulillah, lebih aman.. perjalanan dari Gambang bermula pukul 5ptg..

Lihatlah gambar yang tak berapa clear semasa perjalanan pulang, tapi cantik ini…
Sampai di Lentang, jalan jammed.. pas2 terdengar pulak de siren ambulan.. Mesti accident la nih.. Disebabkan takut kesesakan berlanjutan, suami singgah dulu di Masjid Lentang, supaya kami boleh solat Maghrib terlebih dahulu.. Lepas tu perjalanan diteruskan, masih bersisa-sisa kesesakan. Di tengah-tengah kesibukan sesak tu, de sebijik kereta wira memotong di sebelah bahu jalan.. Malang nasibnya (yang tidak sabar itu..), pihak abang polis tercegat di hadapan tu.. Pe lagi, memang kena panggil dek abg2 polis itu ler..walaupun si wira cuba meneruskan perjalanan di sebelah paling kanan jalan.. Itula, orang pesan, bersabar di jalan raya.. Jangan memotong barisan.. Kan dah kena saman…

Lagi satu yang saya perasan, laluan lebuhraya (baik highway PLUS mahupun LPT) tidak ada laluan motor, jadi apabila waktu malam, agak sukar mamat2 moto ini kelihatan.. lagi2 kalau yang bawak laju2 tu… mungkin pihak berwajib perlu memikirkan sesuatu tentang hal ini… walaupun bilangannya tidak ramai, namun keselamatan mereka ini perlu juga dikira memandangkan pemandu-pemandu kereta semuanya dah jadi ala-ala pemandu F1…

Kami selamat tiba di Gombak hampir pukul 9.. setelah hampir 10jam perjalanan dicampur dengan makan-makan angin, alhamdulillah, tiba kami di rumah yang bersepah.. haha.. bila la nak kemas rumah nih.. huhuuu.. sesiapa leh tolong kemaskan..? Bercadang nak rumah sedikit makan-makan, tapi tunggu sket masa lagi la ek… Nanti saya khabarkan..

Itulah serba sedikit.. silap.. serba banyak ceritera raya 2009 kali ini.. sehingga berjumpa lagi.. Akhir kata, pandu cermat jiwa & nyawa selamat…

p/s: dah mulakan puasa enam? mari kita meriahkan bulan Syawal jom…

Categories: ceritera, gambar
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: