Home > coretan, keluarga > mak ayah – saya sayang kamu..

mak ayah – saya sayang kamu..

Salam. apa khabar? Saat entri ini ditulis, saya baru je lepas baca satu laman blog yang biasa dikunjungi. Dan saya amatlah bersyukur kerana penulis blog ini telah membuka satu lagi web yang lebih berorientasikan Islam. Katanya dulu, ada ke orang nak baca blog macam ni..? Pada saya, kalau tak banyak pun, mesti tetap akan ada orang yang singgah, baca dan mengambil panduan. Percayalah..

mak ayah, terima kasih atas segalanya…

Dalam blog tu, ada entri pasal ibu.. sebab tu jugak tergerak nak tulis pasal ni.. Juga, bacalah link yang ada pada entri itu.. kisahnye sedih, tapi masih boleh tersenyum membaca..

DULU
Memang kan.. dulu, masa masih remaja, saya percaya ramai yang merasakan dirinya sudah besar, sudah pandai memikirkan baik buruk perkara, sudah pandai menentukan arah hidup sendiri.. Saya pernah juga terfikir sebegitu, namun sedar, mak adalah insan yang berhak ke atas diri saya.. Bila ingatan kembali sedar, barulah kita sedar apa tindakan kita yang sepatutnya..

Kadang-kadang kita sanggup berbohong kerana takutkan mak marahkan kita.. Dulu di sekolah rendah.. ingat lagi saya, sepatutnya ada kelas, tapi telah dibatalkan tanpa kami ketahui.. Jadi, masa yang ada saya gunakan untuk ke rumah kawan (yang tidak biasa dilakukan, kerana mak kurang gemar anak2nya mengganggu rumah orang lain, apatah lagi di waktu tghari/petang..). Tempat yang saya tujui adalah di belakang bukit yang dikatakan agak ‘keras’. Memang saya tidak pernah ke belakang bukit itu, kerana mak memang melarang.. Dek kerana ajakan kawan-kawan, saya pun ikutkan hati dengan berbasikal beramai-ramai di bawah matahari.. Nak dijadikan cerita, kebetulan mak ayah saya ke sekolah kerana ingin mengajak saya ke suatu tempat.. Oleh kerana saya tiada, mak pun teruskan perjalanan tanpa saya.. Pulang ke rumah, mak tanyakan saya ke mana, kerana mak cari tiada. Saya, dek kerana takut mak marahkan diri kicik ini, berbohong, kata ke rumah kawan yang lain (bukan di belakang bukit..). Keesokan hari, kerana kebijaksanaan mak, seorang kawan yang turut serta ke belakang bukit singgah ke rumah saya kerana mahu ke sekolah petang, mak terus menyoal kawan dengan penuh hikmah. Rupa-rupanya saya telah ‘dikantoikan’ oleh kawan saya.. Petang itu, saya tidak ke sekolah petang, dan dimarahi emak.. Menangis saya kerana mak marah.. Tapi selepas itu, mak terus tanyakan saya kenapa saya berbohong… Dan itulah rasanya kali terakhir saya berbohong kepada mak, kecuali perkara-perkara yang saya tidak mahu mak sedih.. (Contohnya duit tak de, tapi bila mak tanya, ada mak..).. Kemaafan dari seorang ibu amat penting dan bermakna, kerana tanpa kemaafan, dan tiba-tiba ibu tiada, apalah nasib anak ibu itu…

Sungguh, saya tidak mahu menyusahkan emak.. menyusahkan keluarga.. Dan sungguh, jika ada sebarang masalah, sejak di sekolah menengah, tidak saya ceritakan kepada mak. (Saya sekolah asrama, jarang jumpa mak..). Ketika SPM, wan saya (atuk lelaki), meninggal dunia, dan saya tidak ketahui, sehinggalah saya pulang ke kampung.. Sungguh sedih rasa hati kerana rumah kedai wan lah tempat saya adik-beradik tuju ketika cuti sekolah. Kamilah yang menjadi tokey kedai dan kami jugalah yang tolong ‘membeli’ ais krim wan.. Tapi, di depan ahli keluarga, saya tunjuk saya tiada kesedihan.. tiada air mata, sedangkan saya sedih kerana saya sorang jer yang tak de masa wan meninggal. Sehingga sekarang, saya kesal saya tiada bersama. Kata mak, sengaja tidak diberitahu kerana tidak mahu menggangu SPM saya. (sungguh saya ada telefon bertanyakan pasal wan ketika minggu SPM itu, tapi diberitahu sihat..).. Cukuplah pasal ini, sedih pula…

SEKARANG
Sekarang, saya bergelar seorang ibu, mama kepada seorang puteri. Sungguh pengalaman mengandungkan bayi, melahirkan, menjaga dan membesarkan anak benar-benar mengajar saya erti perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Sakit demam anak, saya tidak lena tidur. Risaukan anak, takut perkara yang tidak diingini berlaku. Sungguh saya tidak bersedia. Saat anak tidak lalu makan, gundah gulana hati, resah gelisah. Saat anak menangis ketika dihantar ke jagaan orang lain, sepanjang hari terkenangkan anak di pejabat. Ok kah anak aku, makan dan minum kah.. Tapi bila anak sihat, berselera makan, terus perasaan saya berubah. Senang hati dan gembira melihat perubahan itu (saya pasti ayah juga begitu.. tapi saya tidak dapat menyelami, kerana saya bukan seorang ayah..). Mungkin ayah boleh tuliskan perasaan ini, namun saya sedar seorang ibu perasaannya senang ditonjolkan berbanding seorang ayah.

moga mama mampu membesarkan annur menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..
Sungguh saya sedih bila terbaca kisah seorang anak lari meninggalkan keluarga demi kekasih hati.. Sedih bila anak tidak mengaku mak dan ayahnya kerana perselisihan faham, sanggup mencederakan mak ayah bila nafsu menguasai jiwa. Sedih saya melihat seorang nenek di kawasan taman saya, berulang-alik ke rumah anak-anak seorang diri, kerana tiada sesiapa mampu menjaga di kampung. Menceritakan perasaannya kepada saya, mahu saja dipeluk kerana teringatkan tuk di kampung..

Sungguh bertuah bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa. Kerana manusia selalunya sedar akan kehadiran insan itu, di saat mereka sudah meninggalkan kita.. Bertuah mereka yang setiap pagi sebelum ke tempat kerja mampu bersalaman dan mencium pipi ibu ayah.. Alangkah indahnya jika saya dapat lakukan itu setiap hari.. Namun saya bersyukur, kerana mak ayah, saya jadi begini. Saya masih mampu bercakap-cakap melalui telefon, dan gembira minggu ini saya dapat mencium tangan dan pipi ibu ayah kerana kedua-duanya ada di rumah saya.

MASA DEPAN
Sering saya dengar ungkapan seorang mak boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seoarang mak.. Moga-moga saya, kita semua tidak tergolong dalam golongan ini. Moga saya mampu menjaga mak (dengan keizinan suami), jika itu ditakdirkan. Saya mahu menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya, anak yang bolah berbakti kepada kedua ibu bapanya, walaupun keutamaan saya sekarang terhadap seorang insan bergelar suami..

Maaf entri kali ini mungkin sedikit terasa, tapi bagi mereka di luar sana, ambillah kesempatan yang ada sebelum terlewat..

Sehingga berjumpa di lain entri.. InsyaAllah..

Categories: coretan, keluarga
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: