Archive

Archive for the ‘wanita’ Category

perempuan oh perempuan…

July 10, 2009 Leave a comment
Salam. malas la nak mukadimah. En3 kali ni citer pasal perempuan. Setakat yang penulis mahu tulis la.. Penulis pun perempuan gak, tapi penulis tak faham ler dengan perempuan sekarang nih.. Kengkawan de tgk kat brita kt tv malam tadi atau baca brita mengenai sorang girl ni, umur 19 tahun kot, cuba nak terjun dari jejambat pejalan kaki yang telah menyababkan sistem LRT tergendala selama lebih kurang 1 jam? Habis, orang-orang yang tak bersalah, lambat masuk kerja, lambat membuat urusan. Pe pandapat kowang pasal nih? Bagila pendapat ye..

Pada penulis.. Mereka yang bertindak seperti ini seolah-olah berfikiran singkat, atau lebih baik disebut tidak berfikir langsung.. Maaf la lau de yang terasa dengan bahasa yang kasar nih.. Tapi penulis tetap nak tulis.. Ye la, hanya disebabkan berselisih faham dengan teman lelaki, terus mengambil keputusan ingin terjun ke landasan.. pe takde fikiran langsung ke..?( penulis cuba gunakan ayat yang lebih baik.. wpun dalam hati nak tulis lagi kejam..hehe..). Disebabkan lelaki yang belum menjadi haknya, maka diambil keputusan dengan begitu mudah.. (walaupun jika lelaki itu jadi miliknya, tak sepatutnya bersikap sedemikian…) Berbaloi ke mencederakan diri sendiri disebabkan hal kecik? Apa tidak terfikir ke apa perasaan ibu & ayahnya di rumah? atau abg2, kakak2 & sanak saudara nya?

Itu belum lagi melibatkan anak-anak gadis yang lari mengikut teman lelaki. Kadang-kadang teman lelaki itu baru dikenali tak sampai seminggu dua.. Dah mula percaya, lebih dari mempercayai ibu bapa masing-masing.. Bila dah terjebak mulalah menyesal, mulalah menyalahkan diri & orang lain. Menyalahkan diri tu, betul la..menyalahkan orang lain tu.. fikir-fikir le sendiri. Bukan setakat satu dua kes macam ni, tapi sekarang ni dah jadi macam trend. Lari, lepas tu menyesal tak sudah. Sepatutnya dengan terjadi satu dua kes tu dijadikan iktibar & panduan, tapi agaknya bila nafsu dah menguasai diri, mulalah lupa harga diri.

Juga belum cerita tentang anak gadis yang sibuk mengejar suami orang. Lebih ‘secure’ katanya. Ye la, lelaki orang ini dikatakan lebih romantik, lebih pandai menjaga perasaannya, lebih stabil & lebih sebagainya.. Andai itu benar jodoh yang ditetapkan Allah, mmg kita tidak mampu melakukan apa-apa. Tapi kalau sekadar mencari keseronokan & kemewahan, apakah itu patut kita biarkan? Kadang-kadang bila kita kenal lebih ramai orang, maka lebih banyak cerita yang kita peroleh. Contohnya, penulis banyak membaca cerita mengenai kes sebegini di ratu hati.. Banyak kes yang terjadi sebenarnya..

Namun, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Si lelaki atau si perempuan yang sudah hilang akalnya? Atau pun ibu bapa? Salah didikan kah? Kadang-kadang kesian pulak bila fikirkan kepada ibu bapa yang anaknya sebegini.. Hancur luluh agaknya.. Penat dikandung dan dilahirkan, belum lagi dikira berhabis wang ringgit untuk menyekolahkan mereka & memberi makan minum, mudah saja ambil keputusan yang tidak bijak sama sekali…

Pada penulis, bukan salah ibu bapa, bukan salah didikan. Kalau pun ada, mungkin peratusannya hanya sedikit. Yang utama, diri sendiri. Andai tahu menjaga maruah diri, keluarga, berfikir sebaiknya, malah yang paling utama, dengan asas agama, mungkin perkara seumpama ini tidak terjadi. Penulis bukanlah dari keluarga yang hebat agamanya, tetapi sedikit sebanyak penulis masih mampu memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri penulis ini. Moga keluarga penulis, penulis sendiri & kawan-kawan penulis terhindar dari gejala seperti ini.

Pada si lelaki pula, janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan.. Penulis akui perempuan adalah golongan yang lemah, sebab itulah perlunya lelaki untuk membimbing. Jadi atas dasar tanggungjawab seorang lelaki dalam membimbing, bimbing lah dengan baik, jujur dan bijaksana. Janganlah pula membimbing kaum hawa ini ke arah yang negatif.

Pada perempuan di luar sana, anda perlu menjaga diri. Itu kewajipan masing-masing. Jika bukan anda yang menjaga, siapa lagi? Anda adalah diri anda. Berubahlah jika anda rasakan ia boleh memudharatkan diri sendiri & ummah. Tak salah untuk ‘menjual mahal’ atas ajakan lelaki-lelaki yang bukan mahu memimpin anda, malah ia tindakan yang bijak. Bukan tidak ada lelaki yang lebih baik untuk anda, cuma anda yang perlu memilihnya. Janganlah jadi seperti habis madu sepah dibuang.. Fikir-fikirkan lah..

Sebaik-baik perhiasan, adalah wanita solehah.

Jadi kepada semua, jagalah diri, hiasi peribadi, pelihara maruah diri.

mote:

  1. Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis seorang lelaki yang belum tentu betul-betul mahukan kita.
  2. Berfikir sebaiknya untuk diri anda, jangan terjebak ke kancah yang penuh dusta.
  3. Lengkapkan lah diri dengan ilmu-ilmu yang berguna, supaya kita lebih terjaga, berhati-hati & selamat.
  4. Jangan menyakiti diri sendiri atas perkara yang kecil/remeh.
  5. Berkawanlah/bersahabatlah dengan mereka yang lebih baik dari kita. Moga dengan itu, kita turut menjadi seperti mereka.
  6. Ikhlaskan lah hati anda dalam bersahabat & bersahabatlah kerana Allah, kerana dengan keikhlasan dan kerana Allah jua lah yang dapat membuatkan hubungan persahabatan itu bertahan selagi dengan kehendakNya.

Setakat itu sahaja untuk kali ini. sehingga kita berjumpa di minggu hadapan.. selamat berhujung minggu.. Jumpa lagi, InsyaAllah.. bye..bye..

Categories: wanita

setahun berlalu..

Salam.. bizi sket la pagi tadi.. nih baru de masa nak berblogging..haha.. oh ye.. setahun berlalu.. semacam je tajuk.. bukan apa, hari nih 1 julai 2009. Genaplah setahun umur anakanda ku yang pertama.. huhu..pejam celik.. pejam celik..cepat je masa berlalu.. sedar-sedar dah pun setahun..

PAGI INI
Annur bangun macam biasa. cuma mungkin lapar, bunyi sikit-sikit. Bila ditengok, macam nak tido lagi. Dalam hati, ni macam kes tak nak pergi taska nih.. Sebab sekarang ni, Annur dah pandai. Agak-agak nak sampai ke taska, dia buat perangai tak nak pergi.. merengek-rengek tak nak.. pelik juga.. ada apa-apa ke..? tapi, apa pun tetap kena hantar juga. Kalau tak, sapa nak jaga annur? Mama terpaksa sayang, untuk mencari rezeki bersama-sama abahmu.. Yang bagus annur nih, bila bangun dia mesti nak kejut mama & abah dia kalau kami masih baring-baring.. hihi..bagus anak mama ni.. Pastu, mula la mencari apa yang boleh main.. botol air.. kalau nampak cermin mata/handphone abah dia, lagi dia suka.. huhu.. Sejuk hati pagi-pagi bila tengok annur senyum jer.. syukur alhamdulillah.. Pagi ni, kami mandi bersama..(nama je bersama, tapi mama mandikan annur dulu..sbb takut annur sejuk..).

kiri: gambar annur dengan abah sebelum pegi taska
kanan: annur dengan mama sebelum pegi taska

Abah siapkan annur, sementara mama mandi dan bersiap. Oh ye, hari ni bawa sedikit bekalan jajan (cekedis..) utk kawan-kawan annur di taska. Tak rancang pulak nak buat party kat anak mama nih. Biarlah bersederhana ye, anak mama.. Macam biasa, bila nak sampai taska, annur merengek-rengek seolah-olah tak nak ditinggalkan di situ.. Terpaksa jua, wahai anakku.
.

sedikit buah tangan untuk kawan2 annur di taska..

Mama dan abah, macam biasa, meneruskan tugas di pejabat. Tapi, asyik teringat kat annur. haha.. Pergi makan kat Giant, tengahari. pastu, teringat nak belikan annur sesuatu. Cari punya cari, akhirnya mama & abah setuju nak belikan papan tulis untuk annur.. Papan tulis yang budak2 tu, lh padam.. Biarla annur tak pandai tulis/lukis, niat hati mama agar annur cepat pandai tulis nanti. Latihan annur..latihan.. haha.. Ni gambar papan tulis annur..

Haha..mama dah guna dulu.. sorry sayang.. mama saja test.. ok ke tak.. hihi.. Happy 1st Birthday to Annur.. Gambar senyum tu mama suka lukis dulu bila bagi msg kat abah..haha.. tak pun masa saja2 membaca buku, lau tgh suka, lukis la muka senyum tu.. hihi.. Warna pink board annur ni.. oh ye, nama dia smart board.. Kat ne smart, fikirla sendiri..hihi..

SETAHUN BERLALU
Sedar tak sedar dah pun setahun. Tapi, rasa macam masih segar di ingatan, saat-saat masuk hospital, saat-saat tengah sakit, & saat-saat abah menolak mama masuk ke bilik bersalin. huhu.. sungguh, macam wayng yang diulang semula jika diingati.

Alhamdulillah, Allah kurniakan mama kekuatan mental & fizikal sewaktu mengandungkan Annur. Tak pernah rasa beban sewaktu membawa annur berkerja bersama. Sampaikan bos risau, takut bersalin kat situ.. Hahaa… yela, masa tu pun dah akhir-akhir waktu mengandung, masih lagi nak tolong-tolong orang angkat barang.. Lagi yang membuatkan rasa macam tak betul, waktu tu kandungan mencecah 7 bulan lebih, boleh lagi mama & abah ke Cameroon Highland bercuti. Hahaa.. tak ke satu hal tiba2 mama sakit.. Siap jalan2 naik turun tangga pergi ke kebun lebah.. Tapi sungguh, masa tu tak terfikir penat pun..

Syukur juga mama & abah ambil keputusan pulang ke kampung lebih awal. Jika tidak, susah juga abah mahu menjaga mama & annur. Hanya mama & abah saja di sini. Apatah lagi anak pertama. Susah juga kalau difikirkan annur dilahirkan di sini. Mama dimasukkan ke hospital waktu malam, di mana pagi nya mama & abah masih dalam perjalanan ke kampung. Agaknya anuur tidak selesa mama kuat berjalan ye..

Setelah 2 kali dimasukkan ubat (induce), mama akhirnya dibenarkan masuk ke wad bersalin. Waktu tu masa gembira sikit sebab sekurang-kurangnya mama tahu annur akan keluar tak lama lagi.. InsyaAllah. (tapi lama jugak..huhu..). Masih ingat lagi abah menolak mama dengan kerusi roda.. (macam best sgt masa tu.. sbb tak pernah naik..tu la 1st time. Sempat lagi tu fikir masa tu..). Masuk dewan bersalin kul 10 pagi, annur keluar kul 4.45 petang.. Lama tuh.. huhu.. Masa tu pening, sebab sorang doktor dtg tgk, kata dah ok, pastu sorang lagi doktor datang kata belum boleh lagi ni.. Adoi.. macam mana doktor boleh berlainan pendapat nih..? (Jadi harap2nya doktor, dapat la membuat keputusan yang tidak bercanggah sesama sendiri..)

Benarlah kata orang, walau sesakit mana pun melahirkan anak, sakit itu akan hilang selepas lahirnya anak itu.. Ia berlaku pada mama. Selepas saat lahirnya annur, hilang segala sakit sebelum ini. Apatah lagi di saat menatap wajah mungil bayi yang selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ingat lagi, sewaktu bermalam di hospital, di ketika bayi lain menangis dek kerana lapar atau pun terkejut dengan tangisan bayi lain, annur dengan nyenyaknya tidur sehingga pukul 5pagi. Dan ternyata sehingga sekarang, annur memang tidak susah dijaga. Pendek kata, mama & abah masih boleh dibuai mimpi di waktu malam. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.

SEKARANG
Tak sabar rasa nak balik tengok annur. Gembira bila balik, tengok annur senyum, tak sabar-sabar nak balik. Begitulah gelagat puteri kesayanganku ini. Mudah tersenyum, mudah menegur orang, namun sukar jika ada yang mahu mendukungnya. Bak kata orang, jinak-jinak merpati.. Oh ye, buat anak mama, Selamat hari lahir sayang. moga annur dirahmati, dikasihi Allah & orang lain. Moga annur membesar dengan sihat, cergas, pandai & menjadi anak serta insan yang berbudi bahasa, rajin & menghormati org lain.. Selamat hari lahir.. Buat suamiku, terima kasih atas segala bantuan & semangat yang abg berikan selama kita menjaga puteri kita bersama. Sesungguhnya, abang adalah abah yang terbaik untuk anakku.. Dan teman terbaik untuk diriku..Terima kasih…

dah setahun pun usia anak mama nih…

mote:

  1. Jasa ibu & bapa adalah sesuatu yang amat luar biasa jika dikenang. Maka, kasihi, hormati & hargailah mereka selagi kita berdaya.
  2. Kurniaan Allah amat ternilai buat seorang wanita bergelar ibu. Syukurlah kepadaNya di atas segala nikmat & kurniaan.
  3. Peliharalah anak-anak dengan sebaik mungkin. Janganlah membuat perkara yang dilarang sekali pun kita ada kesilapan lampau. Hargailah anak yang lahir dari rahim seorang wanita.

Sekian dulu. Sehingga berjumpa di lain waktu. InsyaAllah..

Categories: ceritera, coretan, keluarga, wanita

selamat hari ibu…

Salam.. saban hari di bulan mei nih kita asyik terdengar ungkapan ini dan di kaca tv tidak ada yang terlepas untuk menyiarkan apa pun iklan atau cerita berdasarkan ibu.. Semua ini untuk menunjukkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu agar kita tidak lupa pada insan ini..

IBU.. MAMA.. MAK.. MA.. BONDA.. UMI.. MUMMY.. apa pun ungkapan yang diucapkan atau panggilan yang mewakilinya, hanya satu yang terbayang.. Setiap wanita yang melahirkan anaknya tanpa mengira penat, lelah, sakit dan sebagainya. Bertarung nyawa ketika proses melahirkan seorang individu yang hanya dapat dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.. Tanpa ibu, siapa lah kita.. (Tanpa bapa juga ye..). Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas sepanjang hayat kita bergelar manusia. Sesungguhnya hanya Yang Maha Esa dapat membalas erti kasih sayang & pengorbanan seorang ibu. Hargailah ibu & bapa anda selagi anda mampu melakukannya..

Jika dulu saya cuma mengetahui perasaan ibu, tanpa mampu menyelami.. Kanapa ibu menangis, kenapa ibu merajuk, kenapa ibu pendamkan perasaan, kenapa ibu meleter, kenapa ibu perlu marah dan sebagainya. Kadang2 segala yan ibu cakap, cuma dipandang sepi, seolah-olah sekadar mendengar mengambil hatinya.. Namun, sejak bergelar ibu, saya mula faham apa perasaan ibu. Jika anak kecil demam, boleh tidak tidur semalaman.. Apabila anak menangis wujud kerisauan.. Apabila anak tidak makan, runsing segala kehidupan. Kalau boleh, anak merengek pun ibu akan rasa tidak tenteram. Kenapa perlu berleter, kanapa rasa risau dan sebagainya. Terlalu sukar untuk dinyatakan. Mungkin ada yang menganggap, itu cuma remeh, perempuan yang mudah tersentuh perasaannya, namun hanya yang bergelar ibu sahaja yang memahami perasaan ini..

Tanpamu ibu, tidak lahirlah aku ke dunia ini..
Tanpamu juga, tidak dapat ku kecapi erti disayangi, erti dikasihi oleh seorang wanita bergelar ibu..
Tidak dapat ku ketahui cabaran hidup tanpa nasihatmu, tanpa bimbinganmu.
Hidupku sunyi tanpa kata-kata nasihatmu, tanpa kata2 marahmu..
Sesungguhnya semua itu menjadi panduan untuk diriku meniti hidup yang penuh pancaroba ini.. Terima kasih ibu..
Tidak terbalas jasamu dengan apa yang aku berikan padamu..
Moga Allah merestuimu dan segala jasamu.
Aku hanya mampu berdoa agar ibu sentiasa dalam lindunganNya..
Terima Kasih Ibu..
Saya sayang Ibu…

p/s: Selamat hari ibu buat mak, Pn. Fatimah Ahmad di Penang & juga buat ma, Pn. Tuan Normah di Terengganu.. Jasa kalian berdua tak mungkin anakanda lupakan. Sayang kalian berdua.. Terima kasih atas segalanya..

Categories: coretan, keluarga, wanita

penyusuan susu ibu – untuk wanita bekerja

April 28, 2009 Leave a comment

Setelah tamat tempoh berpantang, ibu-ibu yang bekerja pasti berasa runsing apabila memikirkan bayi kecil yang terpaksa ditinggalkan. Pilihan sama ada untuk menghantar ke taska/nursery/pengasuh menjadi satu isu yang mungkin telah ditangani. Isu untuk memastikan bayi anda terus mendapat bekalan susu ibu adalah satu isu lain yang sangat penting. Peluang untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tidak patut dilepaskan untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja. Latihan memerah susu sepatutnya dimulakan seawal 2 minggu selepas bersalin.. Namun ia boleh dilakukan lebih awal mengikut keselesaan ibu-ibu.
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.

Info selanjutnya mengenai penyusuan susu untuk ibu bekerja.

PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

TEMPAT PENYIMPANAN

1. Suhu bilik – (suhu 25-37 deg C) — 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu – (rak atas 2-4 deg C) — 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk ‘freezer’
3. Peti sejuk 2 pintu – (bahagian beku -20 deg C) — 3 bulan
4. Peti sejuk – (deep freezer -20 deg C) — 6 bulan

MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN

* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN

* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..

Categories: info mama, wanita

cervical cancer

April 13, 2009 Leave a comment

Cancer can develop when cell in an area of the body grow abnormally. Cervical cancer is abnormal cell growth in the cervix. The cervix is the part of the uterus that connects the upper part of the uterus/the womb and the vagina.
Cervical cancer is a serious condition that can be life threatening. It begins when a woman becomes infected with certain types of Human Papillomavirus; also known as HPV. If the immune system does not clear the infection, normal cells can begin to grow abnormally and turn into precancerous lesions.
If not discovered early and treated, this abnormal cell growth can become cancer. Most often this can take a number of years, although in rare cases it can happen within a year.

APAKAH ITU HPV (Human Papillomavirus)?

1. Virus yang biasa menjangkiti wanita dan lelaki.
2. Terdapat lebih dari 100 jenis virus. Kebanyakan HPV (bukan MPV ye) tidak menunjukkan sebarang simptom, tidak berbahaya dan boleh dihilangkan.
3. Lebih kurang 30 jenis HPV dikenali sebagai HPV genital (alat kelamin) – kerana menjangkiti kawasan genital. Sesetengahnya boleh menyebabkan kanser serviks atau ketidak normalan sel pada serviks yang boleh bertukar kepada kanser.
4. Sesetengahnya pula boleh menyebabkan bijian pada genital (warts) dan juga tumor (benign) pada serviks. Kedua-dua ini adalah tidak berbahaya (noncancerous) – tidak bersifat kanser.
5. Individu yang mempunyai HPV tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom, maka pemindahan virus boleh berlaku tanpa disedari.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGETAHUI SEKIRANYA SAYA DIJANGKITI HPV?
Kebanyakan infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian Pap yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap adalah sebahagian ujian gynecologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.

BAGAIMANA HPV DIRAWAT?
Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi.

Mari kita bincangkan mengenai siapa yang berisiko untuk mendapatkan kanser serviks dan pre-kanser ini..

1. wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV (dah tahu kan apa untuk dijangkiti semula. HPV ni?).. dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut berisiko
2. Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini. Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
3. Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.

Sumber : Tell someone about cervical cancer, National Cancer Society Malaysia

Categories: kesihatan, wanita